I made this widget at MyFlashFetish.com.


salam...

akOo rindu sayang kamOo.....

Search This Blog

Wednesday, December 28, 2011

my exam...

3/01/2012-instrumentation
12/01/2012-classical mechanics
14/01/2012-digital electronics & mandarin languange
15/01/2012-mathematics in c++ programming...

so,wish me luck,,,takut je but  wil try my best to get more better result in this semester..
hanya untuk my mom,,

untuk semua yg akan ambil final exam,good luck yer,,,sama2 kita berusaha n seterusnya tawakal,,,yg penting jgn tinggal solat k,berdoa bnyk2...berdoa juga tuk kawan2 yg kita sayang..ok,chow dulu,MASA UNTUK STUDY....!!!!!

c ya next time
bye bye,,,#haeyebiuu :))

Tuesday, December 27, 2011

isteri solehah..

cerita ni cdey and hopefully boleh memberi pengajaran buat kita semua,,


Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudah pun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.
Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?…abang tak pernah solat ke?…..Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.
Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.

Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya… ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan…Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

gambar sekadar hiasan
Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.



Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”
Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu…saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..
Terima kasih ustaz….doakan saya…….

* Inilah lagu yang telah ditujukan isterinya itu. Dengarkan melodinya, hayati senikatanya. Tajuk lagu : NOW & FOREVER (by Richard Marx)

Wednesday, December 21, 2011

PERSAHABATAN...

Allah SWT mencipta semua makhluk di muka bumi ini berpasang-pasangan..ye,begitu juga dengan kita,xkan hidup bersendirian.kita xboleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. 

Alhamdulillah,dari aku kecil smpai la umur dah 22 tahun nie,ramai la jugak sahabat aku dan aku sangat bertuah dan berterima kasih buat semua sahabat aku selama hari ini...ye,macam2 perangai la kan yg aku jumpe,,yela,setiap orang mempunyai karekter masing2..

Apa yg kita alami demi teman kadang2 melelahkan,tapi inilah yg menghidupkan dan mempunyai nilai yg indah dalam persahabatan.mungkin dalam bersahabat ini,aku kadang kala aku terlupa untuk menjaga hati sahabat2ku semua,tp percayalah tiada niat di hati nak melukakan mana2 sahabatku semua,,,sesungguhnya aku mencuba untuk menjadi sahabat yg terbaik untuk kalian  semua kerana aku sngat sayangkan kawan2 aku...sb kalian semua adalah keutamaan aku after familyku..hah,sngt pentng bg aku sahabat ni sebab aku ni mmg xleh hidup bersendirian..cuba la ek bayangkan hidup kita tanpa bersahabat,Ya Allah,kosongnya hidupkan?????
Nasib baik lah aku bukan seorang yg suka bersendirian...

so,kita cite sahabat2 aku kat UPM ni,,hah,ktorang ade 7 orng semuanya,.ramai kan?? semua satu kos,satu blok..!! Alhamdulillah,kami sngat rapat,,mengenali mereka berenam dalam tempoh 3tahun ni cukup aku hargai & senangi..cewah,skema lak ayat2 aku pepagi buta ni,hahaha....AIN,CT,MEK,FAZ,FATIN&ZATI,,kalian berenam sesungguhnya sngt bertuah dapat bersahabat dgn aku,hahahaha(bangga diri lak)...xlah,aku yg bertuah dpt kenal dgn korang semua..lain2 negeri,lain2 loghat,macam2 karenah,,,yg sorang kuat majuk,yg sorang perangai macam budak2,ish macam2 lah,,,,kang cite bnyak2 memang xakan habis lah,,tapi kan,yg paling pntg la kan ktorang ni KUAT BERGOSIP OK..!!!! ku harap sngt lah kita semua ni akn bersahabat smpai bila2...mane la taw kan,dpt jd besan ke nanti..alamak..!!! jauh nyerr berangan,grad pon belum lagi,,hahahaha....
tapi dalam tempoh kita bersahabat ni,mungkin la kan aku ade buat salah ke,mintak maaf la ek,,segalanya adalah xdisengajakan,,huhu...percayalah,aku sygkan korang semua...yeay :))

ini lah dia kami bertujuh,,,kami semua cantik2 kan..??? :)

"sebaik2 sahabat disisi Allah ialah orang yg terbaik terhadap temannya"

okaylah,sekian coretan kali ini,,,kebosanan & xboleh tido aku merepek ape tah pepagi ni...sekian untuk semua orang2 aku sayang :))



Friday, December 16, 2011

WANITA SOLEHAH??????

Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki..dan ada satu hadis yg someone berikan kpd aku mengatakan wanita solehah itu lebih tinggi darjatnya dari bidadari syurga,,eh eh betul ek???? wah,sungguh besar nilai wanita solehah itu kan..?? Ya Allah,sesungguhnya aku ingin menjadi wanita solehah itu,dan hadis ini juga memberi inspirasi kepasa aku untuk memperbaiki diri ke arah yg lebih baik,,Insyaallah..untuk someone itu,doakan saya ok,hehehe..:))



Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” (riwayat al-Tabrani)
hah,ini dia hadis yg mengatakan wanita solehah itu lebih baik dari bidadari syurga..erhmmmmmmm,so rasanya semua wanita nak kan.?? hehe :))
sekadar renungan untuk aku mempersiapkan diri menjadi wanita solehah,,,Insyaallah :))

Thursday, December 15, 2011

1minggu je lagi..???????????

eh eh,cepat nyerr masa berlalu, dah nk habis sem ni..serius,cepat je rasenyer..macam2 hal la kan..aku ni malas kan nk update blog aku sendiri ni,tp dok asyik baca blog orang lain je...nak wat cmne kan?? mmg malas nak taip,hehehehe.............ni pon meRAJINkn diri menaip,bosan2 so taip lah...

erhmmm,eh OMBAK RINDU dah 10 juta..??? gila lah,macam nk kalahkan KL GANGSTER je ni,,,wahhhhhh,pengaruh novel ni mmg hebat...aku pon dulu baca novel ni masa tingktn2,bayangkan lama dah kan??then skrg baru ade filem,tambah lak AARON AZIZ yg berlakon,mmg xkan lepas la kann???so,aku dah tgk,3 words yg aku boleh cakap,,SEDIH,BEST,MANTAP..!! hahaha,lagi satu lakonan maya karin kali ni aku suka lak tgk,padahal selama hari ni berlakon xbest mana pon,tp untuk watak izzah ni,maya sngt bagus...cuma,biasa lah muka maya kan mix so,xde la ponpuan melayu sngt,tp xkisah lah,yg penting maya dah buat yg terbaik...sapa2 yg xtgk lagi tuhh,pegi la tgk kat panggung baru ade feel sket,,,hehe,,rasa cam nak tgk lagi lah,hahahahaah........................

ade filem ni baru dapat bayangkan haris dan izzah,,:))


part ni sedih sebab haris nk kawen nak kawen dgn mila,,erhmmm :(

haris bagi tahu sayangkan izzah..:)